Setelah hampir lima tahun aku bertugas di-Perak akhir-nya permohonanku untuk bertukar kenegeri asal ku Johor di-luluskan. Malang-nya bukan di-bandar yang aku pohon, tetapi sebuah Bandar yang agak asing bagi diri ku. Walau pun aku anak Johor tetapi belum pernah menjijakkan kaki kebandar tersebut.
Walau bagaimana pun akhir-nya aku dapat mensesuaikan diri bertugas di-bandar ini. Untuk memenuhi masa lapangku aku di-ajak oleh seorang pengawal keselamatan tempat aku bertugas agar mengikutinya pergi memancing. Kerana termakan dengan kata-katanya aku membeli dua set joran berserta dengan alat memancing.
Pada satu hari minggu bila pengawal keselamatan yang bernama Kamal off-duty aku mengikutnya pergi memancing. Memandangkan yang sebelum ini aku tak pernah memegang joran, Kamal terpaksa mengajar aku cara mengunakannya. Walau pun tak banyak tangkapan yang aku perolehi tetapi kata Kamal itu sudah mencukupi.